|
SELAMAT DATANG KE DAERAH KERIAN |
|
Daerah Kerian adalah merupakan sebuah daerah yang dikenali sebagai daerah "Jelapang Padi Negeri Perak". Dengan keluasan 918.83 Km persegi dan meliputi 8 mukim dan disempadani oleh 2 negeri menjadikannya lebih istimewa dan mendapat perhatian ramai. Ia merupakan sebuah daerah yang sedang membangun dari segala segi tidak mengira ekonomi, pertanian, pelancongan, serta pembangunannya yang sedang pesat berdiri megah.
Daerah ini masih mengekalkan tradisi lamanya di mana bangunan-bangunan lama tidak dirobohkan malah diperbaiki supaya ianya bertahan hingga ke zaman seterusnya. Keadaan ini menunjukkan pentadbiran daerah masih menghargai peninggalan orang lama untuk tatapan generasi akan datang.
Pada keseluruhannya, fizikal tanah dalam daerah ini adalah rata dan bergambut kecuali terdapat beberapa kawasan berbukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dam Sungai Kurau.
Daerah Kerian dibahagikan kepada 8 buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing terletak di bawah 8 pentadbiran Penghulu Mukim dan 93 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung. |
| ISU-ISU TANAH |
|
Isu-Isu Tanah
|
| PETA DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN |
Daerah-daerah Di Negeri Perak Darul Ridzuan
Daerah-daerah Di Negeri Perak Darul Ridzuan
Negeri Perak mengandungi sepuluh(10) daerah seperti yang ditunjukkan di dalam peta. Klik pada nama daerah di peta untuk mendapatkan paparan kawasan berkenaan.
|
|
|
|
|
|
BULETIN |
|
PROGRAM IFTAR RAMADHAN DAN TERAWIH PEGAWAI DAERAH KE MUKIM-MUKIM |
Pada tahun ini Tuan Pegawai Daerah bersama-sama pegawai-pegawai kanan dan sebahagian penjawat awam di Pejabat Daerah dan Tanah Kerian sekali lagi meneruskan tradisi turun padang sepanjang bulan Ramadhan ke mukim-mukim dalam daerah Kerian. Program kali ini diatur dengan majlis berbuka dan terawih dibuat masjid/surau yang berlainan supaya peluang untuk bertemu dengan masyarakat setempat diperluaskan.
Dalam program ini, Tuan Pegawai Daerah juga turut menyampaikan sumbangan berupa duit raya, baucer membeli-belah dan beras yang disumbangkan khas oleh Pasaraya Hari-Hari sempena pelancaran cawangannya terbaru di Parit Buntar baru-baru ini. Di samping itu, terdapat juga sumbangan dari orang perseorangan yang turut diselitkan semasa program berlangsung.
|
|
MAJLIS SEMPENA LAWATAN KERJA Y.A.B. MENTERI BESAR PERAK NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KE DAERAH KERIAN. |
|
|
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-53 TAHUN 2010 PERINGKAT DAERAH KERIAN. |
17 Ogos, Selasa-Majlis pelancaran kempen kibar jalur gemilang sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-53 bagi tahun 2010 peringkat daerah Keriantelah berlangsung dengan gilang gemilangnya di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar. Majlis tersebut bermula pada jam 9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku yang dinyanyikan oleh para hadirin dan penyampaian jalur gemilang oleh Tuan Haji Ismail Bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian kepada Ketua Jabatan, Wakil Sekolah, Wakil Penghulu, Wakil Ketua Kampung, Wakil NGO, dan Wakil Kaum.
|
|
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 |
18 Julai, Ahad-Pejabat daerah Dan Tanah Kerian dan juga Kelab Petanda Kerian telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, sukaneka, riadah 'in door game' dan 'out door game' pada hari yang sama. |
|
WARGA PDT KERIAN DAN AHLI KELAB PETANDA BERIADAH DENGAN MENDAKI BUKIT SEMANGGOL. |
Pada 10 Julai 2010 yang lalu, Kelab Petanda Pejabat Daerah dan Tanah Kerian telah menganjurkan satu aktiviti riadah yang menguji ketahanan mental dan fizikal bagi menawan Bukit Gunung Semanggol. Sebelum pendakian kesemua peserta berkumpul diperkarangan Pejabat Penghulu Mukim Gunung Semanggol tepat jam 7.30 pagi. Pegawai Daerah Kerian turut hadir menyertaiaktiviti mendaki Bukit Gunung Semanggol. Aktiviti seumpama ini baik agar mendapat tubuh badan yang sihat selain dapat melahirkan minda yang cerdas. Untuk menjamin kesejahteraan hidup selain dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih baik, sempurna, dan bertenaga juga dapat mengeratkan lagi perhubungan sesama rakan sekerja.
|
|
Klik Sini untuk Arkib Buletin |
| |
|
Pengunjung Online : 4 Org.
Jumlah Pengunjung: 15245 Org. Page Hits : 40013 kali |
|