• Utama
  • About Us
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)

Anda adalah pelanggan kami, kami berjanji akan berusaha memberikan perkhidmatan yang adil, mesra dan segera kepada anda seperti berikut:

1)    Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 3 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari. 
2)    Mengeluarkan keputusan lesen hiburan dan penulis rayuan dalam masa 3 hari selepas menerima semua ulasan daripada Jabatan / Agensi yang berkaitan.
3)    Memproses dan menerima kutipan bayaran Rancangan Perumahan Awam (RPA) sepanjang masa waktu pejabat dalam masa 5 minit.
4)    Menerima bayaran Hasil Am (Lesen Hiburan, Lesen Minuman Yang Memabukkan, Jualan Borong, Sewa Rumah Kerajaan, Cagaran dan pelbagai yang berkaitan) sepanjang masa waktu pejabat   
       yang akan diproses dalam masa 5 minit.

5)    Memberi keputusan (pertimbangan, penolakan dan kelulusan) permohonan Rumah Kerajaan dalam masa 2 minggu.
6)    Mengeluarkan pelbagai notis taksiran (pindah milik, perjanjian, cagaran dan sebagainya) yang telah lengkap dalam masa 5 minit.
 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (PLB)


Bahawa "Kecemerlangan Budaya Kita" menuntut kami berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang sentiasa cemerlang dalam semua aspek yang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab kami. Selaras dengan ini maka kami akan memenuhi ketetapan-ketetapan berikut :

1)    Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi dan program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan sasar.
2)    Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD), Jawatankuasa Focus Individual Countdown (FIC) dan Jawatankuasa Focus Group
       Daerah (FGD) dengan lengkap, tepat dan diedarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

3)    Mengemukakan permohonan peruntukan/cadangan projek pembangunan untuk tahun berikutnya kepada ibu pejabat kementerian selewat-lewatnya pada 15 Disember tahun semasa.
4)    Melaksana dan menyiapkan projek-projek kecil pembangunan bernilai sehingga RM 500,000.00 ke bawah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.
5)    Menyediakan baucer bayaran tuntutan (perkhidmatan/pembekal/kontrak) dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
6)    Mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas menimbang dan menyetujui terima sebutharga daerah setiap bulan atau bagi kes-kes segera dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima kertas
       perakuan.


BAHAGIAN TANAH

Anda adalah pelanggan kami, kami berjanji akan berusaha memberikan perkhidmatan yang adil, mesra dan segera kepada anda seperti berikut:
Unit Pendaftaran :
1)    Mendaftarkan Urusan Urusniaga dalam tempoh 1 hari
       i)    Pindah Milik
       ii)   Gadaian / Melepas Gadaian
       iii)   Pajakan
       iv)    Perintah Jualan
        v)    Lain-Lain Urusan Urusniaga

2)    Mendaftarkan Urusan Bukan Urusniaga dalam tempoh 1 hari
       i)    Pesaka
      ii)    Kaveat
     iii)    Tarik Balik Kaveat
     iv)    Pembetulan
      v)    Tukar Nama / Alamat
     vi)    Perintah Mahkamah
    vii)    Lain-Lain Urusan Bukan Urusniaga

3)    Memproses Permohonan Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 7 hari

4)    Carian Rasmi / Persendirian dalam tempoh 10 minit

5)    Salinan Sah Hakmilik dalam tempoh 30 minit

6)    Penyelesaian QT-FT dalam tempoh 6 bulan

 
Unit Hasil :
1)    Menerima dan Memproses :

       i)    Bayaran Cukai Tanah Semasa dan Lain-Lain Bayaran dalam tempoh 5 minit

      ii)    Permohonan Bayaran Cukai Tanah Secara Ansuran dalam tempoh 20 minit

 
Unit Pembangunan :

1)    Permohonan Serahbalik dan Berimilik Semula (Seksyen 204D) dalam tempoh 12 bulan

2)    Permohonan Serentak Pecah Sempadan dan Tukar Syarat Tanah (Seksyen 124A) dalam tempoh 12 bulan

3)    Permohonan Pecah Sempadan (Seksyen 137) dalam tempoh 12 bulan

4)    Permohonan Serahbalik (Seksyen 197) dalam tempoh 12 bulan

5)    Permohonan Pecah Bahagian (Seksyen 142) dalam tempoh 12 bulan

6)    Permohonan Tukar Syarat Tanah
        i)    Pertanian (3 bulan)
       ii)    Selain Pertanian (6 bulan)

7)    Permohonan Penyatuan dalam tempoh 12 bulan

 
Unit Pelupusan :
1)    Memproses Permohonan Hakmilik (Tanah Rancangan & Bukan Rancangan) dalam tempoh 12 bulan
 
2)    Memproses Permohonan Lesen Pendudukan Sementara dalam tempoh 12 bulan
       i)    LPS (Kediaman / Pertanian / Pelantar)
      ii)    Lesen Pajakan Pokok
     iii)    Ternakan Air

3)    Memproses Pembaharuan Tahunan LPS dalam tempoh 1 hari.

4)    Keputusan Summary Rejection
       i)    Permohonan Hakmilik (3 bulan)
      ii)    Permohonan LPS (1 bulan)

5)    Memproses Permohonan Permit Bahan Batu
       i)    Permit 4C (6 bulan)
      ii)    Pembaharuan Permit (1 minggu)

Unit Penguatkuasaan Dan Teknikal :
1)    Laporan Tanah (Pelbagai Permohonan) dalam tempoh 2 bulan

2)    Pelbagai Kerja Ukur, Bancian dan Penyediaan Pelan Tata Atur dalam tempoh 6 bulan

3)    Penyediaan Permohonan Ukur dalam tempoh 1 bulan

4)    Pemindahan Bahan Batu Seksyen 426 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965

        i)    Rondaan Pemindahan     Bahan Batu di bawah     Seksyen 426 Kanun     Tanah Negara (KTN)     1965 (setiap hari)

        ii)    Kesalahan Pemindahan Bahan Batu di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 (tindakan serta merta)

5)    Pengeluaran Notis Penguatkuasaan Pencerobohan Haram Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dalam tempoh 7 hari

6)    Tindakan Penguatkuasaan Langgar Syarat Tanah di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dalam tempoh 12 bulan

7)    Penyediaan Pelbagai Jenis Pelan Permohonan dalam tempoh 1 hari

8)    Memproses permohonan baru permit pengalihan bahan batuanseksyen 70 KTN daripada tarikh permohonan diterima sehingga permohonan diangkat ke PTG (Tanah Kerajaan) dalam masa 5 bulan.
 

  • Tertakluk kepada permohonan yang lengkap

 

Print   Email

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.