Green GRAY RED blue yellow purple
Malay Chinese (Simplified) English Hindi
Friday, 22 August 2014

Pentadbiran Daerah

PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

UNIT PENTADBIRAN AM
Sebagai Urusetia Perayaan-Perayaan Daerah dan Negeri.
Memproses Permohonan Lesen Hiburan.
Memproses Permohonan Lesen-Lesen Am seperti Lesen Minuman Keras, Lesen Penulis Rayuan dan Lain-lain.
Mengurus dan memproses surat menyurat dan fail.
UNIT KEWANGAN
Memproses dan menentukan semua bayaran gaji, elaun-elaun dan lain-lain tuntutan yang layak dituntut dan diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
Menentukan semua bil-bil
Bekalan dan Perkhidmatan dibayar dan dijelaskan kepada pembekal mengikut peraturan dalam arahan perbendaharaan.
Menyediakan anggaran Belanjawan dan segala laporan Kewangan.
Mengawal perbelanjaan dan peruntukan serta menjawab segala teguran daripada pihak AUDIT, Perbendaharaan, Y.B.Pegawai Kewangan Negeri, Badan Pencegah Rasuah dan lain-lain.
UNIT PERKHIDMATAN

Mengurus segala hal ehwal perjawatan, persaraan, peperiksaan, kursus, cuti, tatatertib, latihan dalam perkhidmatan dan lain-lain yang berkaitan.
UNIT HASIL

Menerima bayaran serta mengeluarkan lesen / resit mengikut jenis aktiviti.
Menerima dan mengutip bayaran ansuran Rancangan Perumahan Awam.
Mengemaskini Rekod / Buku Lejar Kutipan.
Memproses bayaran balik wang cagaran.
FUNGSI BAHAGIAN TADBIRAN DAN KEWANGAN


Menguruskan hal-hal kewangan dan pentadbiran pejabat.
Mewujudkan kakitangan yang berdisiplin, memupuk semangat bekerjasama dan persefahaman didalam serta diluar organisasi.
Merancang dan mengatur latihan bagi keseluruhan kakitangan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecekapan.
Melaksana program yang berkaitan dengan kutipan Ansuran Rumah Awam, Penyata Hasil Am dan Bayaran Pencen Bekas Perajurit.
Mengurus sambutan bagi Majlis Rasmi Kerajaan Peringkat Negeri dan Daerah serta Lawatan Rasmi DiRaja dan Orang- Orang Kenamaan.

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


Menyelaras dan Merancang projek-projek pembangunan daerah.
Melaksanakan projek-projek tahunan Sosio-ekonomi Luar Bandar.
Menyelaras Program PPRT.
Mengenalpasti dan memajukan tempat-tempat rekreasi serta pelancongan domestik.
Mengadakan program-program pembangunan muda penduduk Luar Bandar.
FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


Menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan dengan merancang dan melaksanakan program-program seperti berikut:
Projek-projek Kecil Negeri.
Projek-projek Kecil Persekutuan.
Projek-projek Kecil Wakil Rakyat (Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)).
Mengendali dan memproses pembayaran bagi projek-projek yang telah siap sempurna mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Peta Daerah

Peta Daerah Hulu Perak Larut Matang & Selama Kerian Kuala Kangsar Kinta Kampar Manjung Perak Tengah Hilir Perak Batang Padang

Pengumuman

GUNUNG SEMANGGOL, 11 APRIL - "Kerajaan Negeri Perak melalui beberapa agensi akan terus berusaha untuk memajukan Daerah Kerian dari aspek pembangunan tanpa mengabaikan aspek kerohanian" ujar YB Dato' Abdul Puhat bin Mat Nayan - Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dalam Lawatan Kerja beliau ke Daerah Kerian.

Dalam lawatan tersebut, YB. Dato' Abdul Puhat turut diberi taklimat mengenai Projek Pembersihan Gambut di Kolam Bukit Merah oleh pihak JPS. Beliau juga turut meninjau kemajuan Projek penahan Banjir di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau.

Mengiringi beliau dalam lawatan tersebut ialah Encik Shahril bin Dato ' Ismail - Pegawai Daerah Kerian dan YBhg. Dato' Abdul Razak bin Dahalan - Pengarah JPS Perak serta beberapa pegawai kanan jabatan.

Takwim

<<  August 2014  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
      1  2  3
  4  5  6  7  8  910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini38
mod_vvisit_counterSemalam87
mod_vvisit_counterMinggu Ini514
mod_vvisit_counterMinggu Lepas942
mod_vvisit_counterBulan Ini2953
mod_vvisit_counterBulan Lepas3210
mod_vvisit_counterKeseluruhan514758
Dalam Talian: 2 tetamu 
IP Anda: 54.198.142.255
 , 
Hari Ini: Aug 22, 2014

Tarikh Kemaskini

Dikemaskini Pada:
04-08-2014

QR Barcode Scanner