• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Info Daerah
  • Info Ringkas

Info Ringkas

Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka. Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan.

Pejabat Daerah dan Tanah Kerian (PDTK) terletak di Parit Buntar dalam daerah Kerian. Ia merupakan sebuah organisasi hak milik kerajaan Negeri dan terletak di Utara Perak bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah beralamat di Jalan Pejabat, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan iaitu di pekan lama. PDTK juga terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Awam Parit Buntar dan Jabatan Kerja Raya Kerian (JKR). Ia juga berhampiran dengan Majlis Daerah Kerian, Dewan Merdeka, Padang Bandaran dan Parit Buntar Inn. PDTK diketuai oleh Tuan Mohd Sabli Bin Bakri selaku Pegawai Daerah Kerian. PDTK dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Bahagian Tanah (BT) dan Bahagian Pembangunan Luar Bandar (PLB).

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.