• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)

Anda adalah pelanggan kami, kami berjanji akan berusaha memberikan perkhidmatan yang adil, mesra dan segera kepada anda seperti berikut:

1)    Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 3 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari. 

2)    Mengeluarkan keputusan lesen hiburan dan penulis rayuan dalam masa 3 hari selepas menerima semua ulasan daripada Jabatan / Agensi yang berkaitan.

3)    Memproses dan menerima kutipan bayaran Rancangan Perumahan Awam (RPA) sepanjang masa waktu pejabat dalam masa 5 minit.

4)    Menerima bayaran Hasil Am (Lesen Hiburan, Lesen Minuman Yang Memabukkan, Jualan Borong, Sewa Rumah Kerajaan, Cagaran dan pelbagai yang berkaitan) sepanjang masa waktu pejabat yang akan diproses dalam masa 5 minit.

5)    Memberi keputusan (pertimbangan, penolakan dan kelulusan) permohonan Rumah Kerajaan dalam masa 2 minggu.

6)    Mengeluarkan pelbagai notis taksiran (pindah milik, perjanjian, cagaran dan sebagainya) yang telah lengkap dalam masa 5 minit.

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (PLB)

Bahawa "Kecemerlangan Budaya Kita" menuntut kami berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang sentiasa cemerlang dalam semua aspek yang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab kami. Selaras dengan ini maka kami akan memenuhi ketetapan-ketetapan berikut :

1)    Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi dan program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan sasar.

2)    Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD), Jawatankuasa Focus Individual Countdown (FIC) dan Jawatankuasa Focus Group Daerah (FGD) dengan lengkap, tepat dan diedarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

3)    Mengemukakan permohonan peruntukan/cadangan projek pembangunan untuk tahun berikutnya kepada ibu pejabat kementerian selewat-lewatnya pada 15 Disember tahun semasa.

4)    Melaksana dan menyiapkan projek-projek kecil pembangunan bernilai sehingga RM 500,000.00 ke bawah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.

5)    Menyediakan baucer bayaran tuntutan (perkhidmatan/pembekal/kontrak) dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh tuntutan lengkap diterima.

6)    Mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas menimbang dan menyetujui terima sebutharga daerah setiap bulan atau bagi kes-kes segera dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima kertas perakuan.

 

BAHAGIAN TANAH

Anda adalah pelanggan kami, kami berjanji akan berusaha memberikan perkhidmatan yang adil, mesra dan segera kepada anda seperti berikut:

Unit Pendaftaran :

1)    Mendaftarkan urusniaga-urusniaga yang lengkap dan teratur dalam masa 1 hari:-

i)              Pindahmilik;

ii)             Gadaian;

iii)            Melepaskan Gadaian;

iv)           Pajakan;

v)            Perintah Jualan.

2)    Mendaftarkan urusan bukan urusniaga-urusniaga yang lengkap dan teratur dalam masa 1 hari:-

i)              Pesaka;

ii)             Kaveat;

iii)            Tarik Balik Kaveat;

iv)           Pembetulan;

v)            Tukar Nama.

3)    Memproses pengeluaran Hakmilik Sementara (HSM) dalam masa 1 hari

4)    Memproses Permohonan Kebenaran Pihak BerkuasaNegeri yang lengkap dalam masa 5 hari

5)    Carian Rasmi dalam masa 10 minit

6)    Salinan hakmilik dalam masa 1 jam

7)    Penyelesaian QT-FT dalam masa 12 bulan

 

Unit Hasil :

1)    Menerima dan memproses bayaran cukai tanah semasa dan lain-lain bayaran bagi setiap giliran dalam masa 5 minit.

2)    Penerimaan Hasil Tanah dalam masa 1 – 7 hari:-

i)              Jumlah bil cukai tanah @ bil pelbagai yang diterima di kaunter dalam kuantiti 1-50 keping (1 hari);

ii)             Jumlah bil cukai tanah yang diterima di kaunter dalam kuantiti 250 keping ke atas (2 - 5 hari);

iii)            Jumlah bil cukai yang diterima melalui pos yang tidak bermasalah (1 – 7 hari).

3)    Laporan Kutipan Hasil Harian dalam masa 1 hari:-

i)              Laporan Kutipan Hasil Harian disediakan pada hari yang sama kutipan diterima sekiranya tiada masalah.

4)    Laporan Kutipan Hasil Bulanan disediakan sebelum 10 haribulan setiap bulan:-

i)              Laporan kutipan hasil bulanan di hantar ke Bendahari Negeri sebelum 10 haribulan setiap bulan.

5)    Penyediaan Penyata Penyesuaian disediakan sebelum 14 haribulan setiap bulan:-

i)              Menyediakan Penyata Penyusuaian Hasil dan Deposit dihantar ke Bendahari Negeri dalam Tempoh 14 hari.

 

Unit Pembangunan :

1)    Permohonan serahbalik dan berimilik semula (Seksyen 204D) dalam masa 12 bulan.

2)    Permohonan serentak pecah sempadan dan tukar syarat tanah (Seksyen 124A) dalam masa 12 bulan.

3)    Permohonan pecah sempadan (Seksyen 137) dalam masa 12 bulan.

4)    Permohonan serahbalik (Seksyen 197) dalam masa 12 bulan.

5)    Permohonan pecah bahagian (Seksyen 142) dalam masa 12 bulan.

6)    Permohonan tukar syarat tanah dalam masa 3 bulan

 

Unit Pelupusan :

1)    Memproses permohonan hakmilik sehingga selesai dalam masa 12 bulan

2)    Memproses permohonan Lesen Penduduk Sementara sehingga selesai dalam masa 12 bulan

3)    Menerima dan mendaftar permohonan tanah yang lengkap dalam tempoh 5 hari

4)    Penyediaan Kertas Ringkasan MMK dalam masa 1 hari:-

i)             Permohonan Individu;

ii)            Permohonan Agensi/Badan Berkanun/PTP/PBT.

5)    Penyediaan Tawaran Borang 5A dalam masa 1 hari:-

i)              Permohonan Individu;

ii)             Permohonan Agensi/Badan Berkanun/PTP/PBT.

6)    Mesyuarat JKPTD setiap bulan (12 kali)

7)    Memproses Pembaharuan Tahunan LPS dalam masa 1 hari:-

i)              LPS. Kediaman/Pertanian/Pelantar;

ii)             Lesen Pajakan Pokok;

iii)            Ternakan air.

8)    Mesyuarat Jawatankuasa LPS setiap bulan (12 kali)

9)    Menyelesaikan Permohonan Permit Bahan Batu

i)              Permit 4C dalam masa 3 bulan;

ii)             Pembaharuan Permit dalam masa 1 minggu.

 

Unit Penguatkuasaan Dan Teknikal :

1)    Laporan Tanah (Pelbagai Permohonan) dalam masa 3 bulan

2)    Pelbagai Kerja Ukur, Bancian dan Penyediaan Pelan Tataatur dalam masa 12 bulan

3)    Penyediaan Permohonan Ukur dalam masa 2 bulan.

4)    Penguatkuasaan Pemindahan Bahan Batu (Seksyen 426 KTN)-Jumlah Rondaan  & Pemantauan setiap hari.

5)    Memproses permohonan baru permit pengalihan bahan batuanseksyen 70 KTN daripada tarikh permohonan diterima sehingga permohonan diangkat ke PTG (Tanah Kerajaan) dalam masa 5 bulan.

6)    Memproses permohonan baru permit pengalihan bahan batuanseksyen 70 KTN daripada tarikh permohonan diterima sehingga permohonan diangkat ke PTG (Tanah Kerajaan) dalam masa 5 bulan.

 

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.